Tuesday, December 1, 2009

Hati Goreng

Ini kes nak habiskan stok hati dan pedal ayam kat dalam esbox tu...? Dah kumpul dari 1~2 ekor ayam...Bolehlah sekali goreng...Biasa kalau masak Cik Hubby tak suka buh sekali organ2 dalaman ni kat dalam masakan ayam, rasanya jadi lain..Katanyalah...Jadi organ2 ni akan terkumpul je jadi stok kat dalam esbox tu..Paling koman, aku rebus kosong je then bagi sedekah amal jariah kat anak2 bulu mioew-mioew aku itewww...He he he he..

Sebenarnya hati ni (tak kiralah hati ayam ke or hati lembu) memang favorite aku,tapi disebabkan ia tidak baik untuk kesihatan, so aku kurangkan pengambilannya dalam hidangan dan untuk psikonya aku akan sebut kata-kata ini yang aku dapat dari seorang rakan aku yang berbangsa Cheong huaw

"Organ dalaman ni ibarat penapis yang menapis segala toksin yang terhasil dari proses di dalam badan...Jadi bayangkan kesannya terhadap kesihatan jika kita makan pula pundi2 toksin yang sepatutnya dikeluarkan dari badan itewwww"

Tapi kadang2 aku langgar gak pantang itu...Ha ha ha ha ha...

Jadi inilah resipi langgar pantang aku iteww..Disebabkan hatinya hanya dua ketul, jadi aku main goreng jelah....Tapi aku cedok cara goreng nya dari dapur Love..Tapi dia goreng ikan bulus..kiranya dari sumber yang lebih sihatlah dari aku...Keh keh keh...

Love, ulang tanyang resipinya kat sini ya...?

Hati ni diperap ngan sedikit serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, tepung jagung, tepung beras, sedikit air dan garam beberapa minute....Goreng garing, angkat dan ketepikan..Kurangkan minyak, tumis hirisan bawang besar, cili dan daun kari.Angkat dan toskan minyaknya.Tabur kat atas hati yang telah digoreng tadi....Sedia dingappppp.....

Nasi ayam

Kalau kat rumah ni...Nasi ayam memang slalu buat...Dahlah jimat masa pasal sekali masak sup sudah dapat buat nasi dan lauknya skali,pah tu jadi kegemaran seisi keluarga pula...

Lagi aku suka bila Sara akan makan nasi ngan lauknya skali...May be pasal isi ayam tu jadi lembutttt dan manis bila di renih lama2 dalam kuah sup itew..

Biasa aku masak sup untuk nasi ayam siap tumis ngan rempah tiga bradik dan bawang bagai...Tapi sekali aku cuba resipi nasi ayam madu dari dapur Nadia kat MYR ni..Hati aku terus terpikat..Dahlah mudah...Bau Supnya pun wangiiii jeeee....Dah lah wangiiiiii...sedap pula tu....

Dan seperti biasalah, aku copy~paste resipi untuk supnya tapi adalah sikit2 aku adjust especially tang penyediaan nasi itewwww...Tak salahkan derhaka sekali sekala...


BAHAN-BAHAN SUP & AYAM GORENG

  • 1/2 ekor ayam dibersihkan.
  • air secukupnya untuk kuah sup
  • 1 sup bunjut adabi (brand lain pun boleh)
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukupnya
  • daun sup dan bawang secukupnya
  • bawang goreng (optional)
untuk tumisan
  • 2 sudu mentega
  • * 3~4 ulas bawang putih
  • * 1/2 inch halia (bahan * ditumbuk lumat)

untuk perapan ayam

  • 1~2 sb sos tiram
  • 1~2 sb kicap pekat manis
  • Sedikit serbuk cili (optional)

PENYEDIAANNYA

Untuk kuah sup
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan air, sup bunjut, 1/2 kiub pati ayam dan ayam.
  3. Didihkan sehingga ayam masak dan tambah sedikit garam.
  4. Keluarkan kuah sup secukupnya untuk masak nasi
  5. Keluarkan juga ayam untuk lauknya.
  6. Tambah air lagi dan baki kiub pati ayam ke dalam baki kuah sup.Renih sehingga supnya menjadi 3/4.Perasan dengan garam.
  7. Tutup api dan tabur dengan daun bawang&sup yang dipotong juga bawang goreng jika suka.
Untuk ayam
  1. Masukkan ayam kedalam bekas.
  2. Di dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan perapan dan gaul sebati.
  3. Curah (2) ke dalam (1).Gaul agar semua rempah menyaluti ayam dan perap seketika.
  4. Goreng sekadarnya.Tak perlu lama kerana ayam sudah masak.


BAHAN-BAHAN NASI

  • 3 pot beras dibersih dan toskan
bahan tumisan nasi ayam
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • sedikit cengkih (optional)
  • sedikit marjerine untuk menumis

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan marjerine dan tumis bahan tumisan sehingga wangi.
  2. Masukkan kuah sup yang diasingkan dari didihan pertama.
  3. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.


BAHAN-BAHAN SAMBAL PEDAS
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 10~15 biji cili kering
PENYEDIAANNYA
  1. Cili kering dipotong dan direbus sehingga masak.Blend halus.
  2. Ambil sedikit kuah sup dan masukkan kedalam periuk kecil.Masukkan bawang putih dan cili blend tadi.Masak sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
  3. Renih sehingga sedikit pekat.Tambah sedikit garam jika perlu.
  4. Sedia dihidang bersama nasi ayam.


SAMPINGAN
  • Daun salad secukupnya
  • Mentimun secukupnya dihiris sederhana nipis.

Dendeng daging

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pengunjung muslim....Haaa...nampaknya Hari Raya Haji sudah masuk hari yang ke-4......Resipi kali ni pun semestinya lebih banyak berasaskan daging..Bukan bulan lain tak boleh makan daging, tapi disebabkan Cik Hubby aku tu tak suka sangat makan daging (kecuali chicken), jadi aku pun malaslah sikit nak masak lauk-pauk berasaskan berdaging ni...apa lagi nak membelinya...Kecuali jika teringin sangat..Aku beli lah juga tapi dalam kuantiti yang sedikit je..kadangkala tak sampai pun 1kg..

OKlah..apa-apa pun layan dululah resipi daging dendeng ni...Kalau ikut selera dan piawaian aku, aku suka..pasal ada rasa manis2 pedas..Orang lain aku tak tau...Banyak pula bebelnya..Jom zoom resipinya kat bawah sini

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 cm lengkuas diketuk
  • Air secukupnya ( untuk merebus~aku buh paras2 daging je)
  • 2 sb kicap manis
  • 2 sb soso cili
  • 1/2 biji tomato (dipotong baji)
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan tumis (diblend)
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 10~15 tangkai lada kering (dipotong dan rendam ngan air panas sehingga lembut)
PENYEDIAANNYA
  1. Rebus daging bersama serai dan lengkuas dan air sehingga empuk.
  2. Keluarkan daging dan dihiris setebal 0.5 cm.Kemudian diketuk sehingga leper sedikit.Ketepikan.
  3. Air rebusan disimpan sebanyak lebih kurang 300 ml
  4. Panaskan minyak.Tumis bahan tumisan sehingga garing kemudian masukkan tomato.Kacau sebati.
  5. Masukkan kicap dan sos cili...Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  6. Apabila terbit minyak,masukkan daging dan air rebusan tadi.
  7. Kacau sekali skala sehingga pekat.Sedia dihidang...

Monday, November 30, 2009

Talam Lapis Ubi

Bila dah musim-musim hujan macam ni, harga ubi kayu tiba-tiba pula merundum...Jadi murah lebih-lebih lagi kalau beli direct dengan tuan kebun...Memandangkan stok ubi kayu yang di beli last week pun masih banyak berbaki tu...Maka aku pun buatlah kuih ni...Resipi ni aku ambik dari buku resipi koleksi kuih enak...

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm ubi kayu (diparut dan perah airnya)
  • 250 gm gula pasir
  • 140 gm susu pekat manis
  • 60 gm susu tepung
  • 55 gm tepung ubi
  • 60 gm tepung beras
  • 60 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 500 ml santan
2 sb serbuk koko
pewarna oren

PENYEDIAANNYA
  1. Bancuh kesemua bahan (kecuali serbuk koko dan pewarna oren) sehingga rata/sebati.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian
  3. Satu bahagian di campur serbuk koko dan kacau sebati
  4. Satu bahagian lagi di campur pewarna oren dan dikacau sebati
  5. kukus selapis demi selapis...Setiap lapis lebih kurang 8 min. atau sehingga masak.
  6. Lapisan terakhir dikukus lebih kurang/selama 20 min. atau sehingga masak
  7. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong dan di hidang.

Sunday, November 29, 2009

Acar nenas

Pas tu Che The cadangkan acar nenas ni...Biasa tok buat makan ngan nasi minyak...


BAHAN-BAHAN
sebiji nenas

Untuk air lada
  • * 2 senduk kecil gula putih
  • * 1 cawan air masak
  • * 1 sk garam
  • * sedikit belaca (dibakar seketika)
  • * 1 sb cili giling/boh
  • * 1 sb asam jawa (boleh kurangkan jika tidak suka masam)

PEYEDIAANNYA
  1. Nenas di buang kulit dan empulur...Buang mata...Dan potong kecil2 - Ketepikan (rujuk kat Ma kalau tak faham cara potong)
  2. Satukan kesemua bahan * (untuk air lada) di dalam periuk.Masak seketika sehingga semua sebati.Matikan api dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan nenas ke dalam bekas dan tuang kuah yang dimasak tadi...Biarkan seketika sehingga kuah jelira ngan nenas.Sedia di hidang ngan nasi tadi...

NOTE :-
Air lada tadi biasa Tok tak masak pun...Main kuca je sampai gula hancur pasal Tok guna cili boh..Tapi CheThe guna lada kering, jadi kena masak...takut nanti ada yang sakit perut pula...Lagi pun bila masak ni rasa dia lagi sedap...pada anak tekak Che Thelah...

Ayam Masak Madu

ALTERNATIVE 1

Lauk ni CheThe pernah buat makan ngan masi jagung ni...Resipi asal dari junjs dari MYR..

BAHAN-BAHAN
(5~6 orang)
  • 6 ketul ayam sederhana besar
  • 2 batang serai diketuk
  • 4 sudu besar sos cili
  • 8 sudu besar madu ( CheThe guna 1 sb lebih sikit je)

Bahan tumisan
  • Kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
Bahan diblend
  • 1cm halia
  • 1/2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 8 biji cili kering
PENYEDIAANNYA
  1. Ayam di sapu sikit garam dan serbuk kunyit..Perap seketika...Goreng separuh masak dan toskan...Jangan terlalu garing takut nanti ayam jadi keras..
  2. Tumis bahan yang diblend dan bahan tumisan sehingga wangi.
  3. Masukkam sos cili..kacau...madu dan kacau sebati..
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi..kacau sebati..
  5. sedia dihidang...


ALTERNATIVE 2

Dan ni alternative ayam masak merah yang CheThe suka ikut selera dan pawaian Che The.Resipinya ada post kat MYR


BAHAN-BAHAN (2~3 orang)
  • 3~4 ketul ayam (diperap seketika ngan garam n serbuk kunyit dan digoreng.Jgn terlalu garing,nanti ayam menjadi keras)
  • 1 biji tomato (dipotong baji)
  • 1 sudu madu
  • sedikit air asam jawa
  • Secubit garam
  • Sebiji bawang besar (dipotong bulat)
Bahan yang diblend
  • *3 ulas Bawang merah
  • *2 ulas Bawang putih
  • *Sehiris halia
  • *5 tangkai cili kering ~boleh tambah/kurang ikut kepedasan masing (dipotong dan direndam seketika di dalam air panas)
  • *1/2 biji tomato

PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan-bahan yang diblend sehingga wangi/cili masak...Then masukkan sdikit air asam jawa.Kacau sebati
  2. Masukkan ayam.Kacau sebati/sehingga rempah tumis mesra.Then boleh masukkan sedikit air panas untuk sedikit berkuah.
  3. Perasakan ngan sedikit garam juga sedikit madu...
  4. Bila sudah cukup rasa,masuk kan tomato.Kacau seketika/sehingga masak
  5. Tutup api.Masukkan bawang yang dipotong bulat tadi then kacau.Kalau tak suka bawang mentah,boleh masukkan bersama ngan tomato tadi.
  6. Sedia dihidang bersama nasi.
NOTE:
Petua Tok.kalau nak masak menda2 yang bertumis..lepas tumisan wangi masaukkan ayam/daging/ikan/etc kemudian gaul sebati ngan bahan tumisan...barulah masukkan sedikit air panas...Barulah bahan tumisan tu jelira ngan lauk tu..Jadi rasa lebih sedap...

Nasi Jagung

Resipi ni atas permintaan anak saudara untuk exam dia...Tapi pernah dicuba dan sedap...Jadi buat masa ni memang tak de gambor...

BAHAN-BAHAN
  • 1 tin jagung whole kernel (yang biji2)-toskan airnya.
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan ar (campuran air jagung+air biasa) - Boleh tambaha/kurangkan ikut kesesuaian nasi
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gajus/badam (dikisar)
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul sedikit garam
Bahan yang dikisar/blend
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia

PENYEDIAAN
  1. Basuh beras hingga bersih dan rendam lebih kurang 20~30 min (CheThe tak rendam pun)
  2. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.Tumiskan bahan kisar...Tumis sehingga wangi dan garing.
  3. Masukan campuran air,daun pandan serta garam.Didihkan.
  4. Kemudian masukkan susu,gajus/badam kisar dan beras.Kacau rata dan didihkan lagi..
  5. Setelah nasi hampir kering,masukkan jagung.Balik2 kan nasi dan tutup periuk.Kecilkan apinya dan masaklah sehingga tanak.
NOTE: -biasanya CheThe terus masukkan terus jagung sama ngan beras tadi then masak sekali gus..pasal guna rice cooker kan...