Monday, January 10, 2011

Terima Kasih Duhai teman

Friends Myspace Comments

TERIMA KASIH DUHAI TEMAN


Saat diri termangu,
Termenung kesorangan di sudut nan sunyi,
Merenung dan mengintai dari kejauhan,
Untuk sesuatu yang yang tidak pasti
Pasti...

Minda,
Menerewang dalam kekosongan,
Menerjah lesu di dalam kekusutan,
Akhirnya terpesorok longlai dalam kekalutan...

Bertanya hati,
Dimana akhirnya impian kita?,
Jiwa mula merintih,
Segalanya canggung tuk kita,
Naluri lantas menjawab,
Peluang terbentang, mengapa mahu dibatasi disempadani?...

Hati~Jiwa~Naluri
Bersatu dalam kekusutan,
Menerjah ruang minda,
Menyempadani hasrat,
Menafikan keinginan...

Saat itu,
Sungguh,
Sungguh aku terlupa,
Terlupa tentang sesuatu,
Terlupa tentang seseorang,
Tentang seseorang yang bernama teman,

Teman yang senantiasa sedia dan bersedia,
mendengar dan menjadi pendengar,
Tidak ragu-ragu,
Melebarkan pandangan pada penglihatan yang sempit,
Mengoncang hati kerdil yang semakin kerdil,
Mengejutkan diri dari suatu kelemahan,
Kelemahan menanti kekalahan.

Akhirnya akal celikku muncul untuk berbisik,
Andai putus asa yang dicari, kekallah dalam kepayahan,
Yang luas jadi sempit,
Yang sempit makin terhimpit...

Terima Kasih Duhai Teman,
Atas alasan itu,
Aku mahu kembali teguh,
Aku mahu kembali tegar,
Aku mahu menjadi aku,
Aku dan Sesuatu........

8 comments:

  1. dear, ader nak tuju kat sapa2 ker? :)

    ReplyDelete
  2. salam rindu sue..lama betui x updet blog..moga sue sihat selalu ye!

    ReplyDelete
  3. semoga sesuatu itu akan jadi milikmu..

    ReplyDelete
  4. Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  5. Salam Ramdhan & Selamat Berpuasa buat Sue sekeluarga - ada kad khas buat kekawan kat rumah Along, kalau sudi boleh amik gantung.

    ReplyDelete